Friday, 25 January 2019

Memupuk semangat kejiranan di kalangan rakyat Malaysia melalui konsep perpaduan kaum


DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM 

TAJUK E-FOLIO :
MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI KONSEP PERPADUAN KAUM

KELAS : DKA5A

PENSYARAH : PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH


DISEDIAKAN OLEH:

NAMA
NO PENDAFTARAN

ATHIRAH NUR IZZATI BINTI ROSDI 
 02DKA16F2027
ZUR AIM BINTI DERAMAN 
 02DKA16F2044
AIDA ZAHRINA BINTI MOHD FADEL                
 02DKA16F2038
NUR FATEHA FATIN RAHMAT
 02DKA16F1192
  SITI NOR ARTIKA BINTI RIDZUAN                                      02DKA16F2014
  SHASA SUHAIFA BINTI MOHAMAD YATIM                       02DKA16F2053




Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu lagi dengan topik berbeza iaitu lebih kepada nasihat untuk diri saya dan pembaca sekalian. 
Topik kali ini amat dekat dengan kita iaitu Konsep Kejiranan di dalam Islam.
Dewasa ini kita menyaksikan masyarakat semakin rosak dan porak poranda. Ya, saya tak pernah mengecualikan diri saya. Saya juga terdedah kepada kerosakan itu. Antara puncaya ialah institusi kekeluargaan dan kejiranan yg tidak diberikan perhatian sepenuhnya. Kita berbicara tentang isu kejiranan. Seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan misalnya tidak merasakan dirinya
bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar rumahnya.Rumah jiran dimasuki pencuri. Anak jiran ponteng sekolah, terlibat dengan gejala sosial. Isteri jiran curang. Seolah dia terlupa bahawa dia juga sedang terdedah kepada perkara-perkara sedemikian jika terus bertindak tidak mempedulikan jiran tetangganya.Saya ingin menulis secara ringkas tentang isu kejiranan ini. Islam merupakan agama yg syumul. Kejiranan ialah satu cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada jiran tetangga. 

Firman Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yg bermaksud:

"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yg mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yg bukan kerabat."Rasulullah sendiri terlalu memandang berat akan hak-hak jiran dan menggesa supaya berbuat baik kepada mereka. 
Baginda juga melarang keras daripada menyakiti dan meyusahkan jiran. Sehingga Rasulullah pernah bersabda:

"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat Jibril yg terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah menyangka bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam pembahagian harta pusaka. Rasulullah juga bersabda:

"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya"
 Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim."Sesiapa yg menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yg menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yg memerangijirannya,maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yg memerangi aku maka dia telah memerangi Allah.
" Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh Ibnu Hibban.
"Demi Allah, tidak beriman seseorang itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada kejahatannya"Hadith Abu Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikhan
Maksudnya, selagi mana seseorang itu menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan kejahatan kepadanya,maka dia belum dianggap sebagai seorang Mukmin yg baik. Jiran yg paling berhak untuk dilakukan kebaikannya ialah yang paling dekat pintunya dengan rumah kita. Oh, semalam kawan saya mengadu dia telah diludah oleh jiran rumahnya.Astaghfirullah...

Terdapat hadith yg menyebut bahawa di kalangan jiran itu ada yg mempunyai 3 hak, iaitu jiran Muslim yg mempunyai hubungan kerabat dengan kamu.Ada pula yg mempunyai 2 hak, iaitu jiran Muslim. Dan ada juga yg mempunyai satu hak, iatu jiran Zimmi (kafir yg berada di bawah naungan Islam). Antara hadith yg membicarakan perkara ini ialah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Hasan bin Sufyan dan Al-Bazzar di dalam Musnad mereka.Tetapi hadith tersebut berstatus dhaif, walaubagaimanapun masih boleh digunakan dalam Fadhail Amal.

Cuba kita perhatikan, hadith ini ada menyebut tentang hak kejiranan terhadap jiran yg zimmi, sedangkan dia bukan seorang Muslim.Betapa mulianya Islam kerana memandang jiran yg kafir sebagai seorang yg layak untuk menerima layanan baik walaupun berlainan agama. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya hak-hak kejiranan pada pandangan agama.

Apabila berbicara soal kejiranan yg merupakan satu cabang kemasyarakatan, membicarakan soal Al-'Amru bil Ma'ruf dan An-Nahyu 'anil Munkar ialah 
satu perkara yg wajib! Sistem dakwah dengan berhikmah yg dianjurkan Islam amat diyakini akan berjaya memulihkan kembali kebobrokan yg berlaku 
dalam masyarakat yg mana saya juga salah seorang ahli masyarakat itu. Saya tak pernah terkecuali.

Kesedaran seseorang individu untuk menjadi individu muslim yg sejati akan melahirkan keluarga muslim yg sejati.Gabungan keluarga-keluarga ini pula akan mewujudkan masyarakat Islam yg sejati. Akan tetapi gabungan ini tidak akan berjaya sekiranya. konsep kejiranan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah tidak diterapkan. Kejiranan yg harmonilah yg akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yg seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yg dicita-citakan. Formula ini tidak akan berjaya melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi. Dan kejiranan merupakan unsur penting formula ini! Jika dahagakan Khilafah, maka kejiranan jangan diabaikan! Jangan terlalu gopoh inginkan kemenangan Islam sedangkan kejiranan masih dalam porak poranda...







PENGENALAN



      Negara Malaysia terkenal di pentas dunia kerana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan harmoni. Namun, semangat perpaduan ini semakin terhakis dan ini mungkin akan membawa kepada rusuhan di kalangan rakyat. Hidup berjiran banyak memanfaatkan kita. Jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Bermula dengan ahli keluarga jiran juga memainkan peranan yang penting. Pelbagai bangsa jiran akan tinggal di sekeliling rumah kita. Seperti, Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Kita mestilah menghormati jiran kita tanpa mengira bangsa, warna kulit dan juga agama mereka. Kita patut memberi layanan yang sama rata kepada semua orang. Kita mestilah menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan sebagai contoh menolong jiran tetangga yang menghadapi kesusahan. Pada era globalisasi yang serbaguna ini, semangat kejiranan semakin berkurangan disebabkan masyarakat yang sibuk bekerja. Masing-masing membuat hal sendiri umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Natijahnya terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. 

Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar.Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepenting semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarat .




SEMANGAT KEJIRANAN 


Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

        Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

         Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

         Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih  cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah
untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.  

      Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.

      Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian sepertimencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

          Seterusnya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.  

Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Di antaranya:

1. Bantuan ketika kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Justeru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain.

Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa.
Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan, sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. 
\
Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran akan dapat melahirkan suasana seperti ini. 

2. Menambah kenalan
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13) 

Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Di antaranya mendapat tunjuk ajar dan nasihat dalam sesuatu bidang ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran kita. 

3. Menjamin keselamatan setempat
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. 

Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.'' (Al-Maidah : 2) 

4. Menjaga keharmonian masyarakat
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. 

Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. 

Adakah kita perlu menunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita, barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? 

Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi, bak kata pepatah Melayu `sediakan payung sebelum hujan'.

Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan yang kita diami.

5. Menjaga kebajikan penduduk setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.

Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti jawatankuasa kemajuan pembelajaran anak-anak, jawatankuasa pembangunan insan dan lain-lain bagi tujuan menganjurkan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti kem motivasi, program jati diri dan sebagainya. 

Kesemuanya ini menjadikan kebajikan masyarakat setempat sama ada anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya sentiasa terjamin dan terpelihara. 

Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ``Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka.'' (Al-Syura : 38) 

6. Memupuk perpaduan
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai. 

Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.

Sekiranya ini diabaikan, maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan. 

Maka kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. 

Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. 

Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. juga adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.



PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR
     
  Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka berasaskan pertanian yang memerlukan semangat bekerjasama di antara mereka, bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala masyarakat sekarang bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat kejiranan masa kini.
 
       Selain itu , kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa juga salah satu punca yang mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini. Pada zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan semangat kejiranan. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran semakin berkurangan. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah di dalam pergaulan., sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan..


        Di samping itu, arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan. Situasi ini perlu ditangani dengan segera demi kebaikan semua pihak. Kita tidak ingin melihat wujudnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat yang bersikap seperti ini tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amat rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Tuntasnya, pembangunan yang begitu pesat melanda negara juga menjadi punca kepada lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.




HAK - HAK JIRAN

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

''Tahukah kamu apa dia hak jiran tertangga itu ?''

Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
Jika ia meminta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya.
Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
Jika ia ditimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
Jika ia meninggal dunia, engkau turur menghantar jenazahnya.
Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
Jika engkau beli buah buahan, berikan sedikit kepadanya.
Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah buahan itu kedalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan jangan lah membiarkan anakmu memakan buah buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.









KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

         Kepentingan semangat kejiranan dapat  memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu   tempat. Kerjasama   ini   boleh   dipupuk   melalui   penglibatan   anggota   masyarakat  dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,   majlis   sambutan   perayaan   atau   perjumpaan   bulanan   komuniti   dapat mempertemukan  semua  jiran,   saling  berkenalan  dan   merapatkan  hubungan. Mereka   akan  lebih mesra, saling membantu  bagai aur dengan tebing  tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal   ini   menunjukkan  bahawa  semangat   kejiranan   yang   dipupuk   dapat  membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang  kukuh dan ampuh.  Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat  membentuk semangat kekitaan  dan melahirkan   masyarakat   yang   bersatu   padu.  Semangat   kejiranan   membolehkan  semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting   dalam   membentuk   masyarakat   yang   bersatu   padu   dan   seterusnya   dapat   memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

         Seterusnya , semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

            Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

             Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan  contoh paling jelas, dan atas sokongan  rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka  melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
  
                 Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.


KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN

         Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana  sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah  yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

            Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan berjaya dilaksanakan.


         Kebaikan semangat kejiranan yang seterusnya ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan. Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati  anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan

         Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan  dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.


KESIMPULAN
            
 Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata “ jiran sepakat membawa berkat “. Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Kita sebagai rakayat Malaysia, haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum di negara  kita. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. 




RUJUKAN


3) http://salinamusa.blogspot.com/2017/07/cara-memupuk-semangat-kejiranan.html
4) Buku komunikasi dan penyiaran dalam islam  ( siri politeknik ) 
( Nama pengarah : Marzuki sepiaail , Rina fakhizan mohd sukri , Alias mat saad )  


LAMPIRAN











No comments:

Post a Comment